Tuesday

Waktu tidur bayi & Cara-cara bantu bayi tidur

Pengenalan 
Bayi yang baru lahir tidak dapat membezakan siang atau malam dan boleh tidur dalam purata 16 jam sehari, 2-4 jam terus menerus di antara waktu makan. Bayi baru lahir menghabiskan sepanjang masanya (siang dan malam) dengan tidur dan hanya bangun setiap beberapa jam untuk menyusu.

Perkara ini menyebabkan ibu bapa yang baru menimang cahaya mata bimbang kerana tidak tahu berapa lama anak mereka perlu tidur dalam sehari. Malangnya, tiada cara menentukannya kerana bayi baru lahir masih keliru dan tidak dapat membezakan antara siang dengan malam. Mereka sangka perlu bangun pada waktu malam dan tidur sepanjang siang. Ini sebabnya bayi berjaga pada waktu malam dan ‘mengacau’ waktu tidur anda.
Secara umumnya, bayi baru lahir tidur antara lapan hingga sembilan jam pada waktu siang dan lapan jam pada waktu malam. Kebanyakan bayi tidak tidur terus (enam hingga lapan jam) pada waktu malam sehingga mereka berumur tiga bulan. Bayi mempunyai perut kecil dan cepat berasa lapar. Dalam kebanyakan kes, bayi terjaga setiap tiga hingga empat jam untuk menyusu. Walaupun bayi memerlukan tidur yang banyak, satu perkara perlu diberi perhatian iaitu dalam usia lima hingga enam minggu pertama, jangan biarkan si kecil tidur melebihi lima jam.
Jika ia berlaku, kejutkan bayi untuk diberi susu. Bayi yang lahir tidak cukup bulan perlu diberi perhatian lebih kerana sesetengahnya memerlukan penyusuan lebih kerap. Justeru, usah teragak-agak untuk mengejutkan mereka daripada tidur kerana mereka perlu diberi susu. Perhatikan perubahan pada tabiat tidur bayi anda. Jika bayi tidur secara konsisten dan terjaga secara tiba-tiba, si kecil mungkin mengalami masalah seperti jangkitan telinga. Bagaimanapun, bukan semua kes terjaga tiba-tiba disebabkan jangkitan, sesetengah gangguan tidur disebabkan pertumbuhan badan atau rangsangan yang terlalu kuat.
Seperkara lagi, jangan tidurkan bayi dengan botol susu di mulutnya. Tindakan ini berbahaya kerana boleh menyebabkan bayi mendapat jangkitan telinga atau tercekik.



Gaya Tidur 
Setiap bayi mempunyai keunikan gaya tidur secara tersendiri.
• Bayi yang baru lahir pada keseluruhannya akan tidur 16-20 jam sehari dan terjaga apabila tiba waktu makan.
• Masa terpanjang untuk bayi tidur selalunya 4-5 jam bergantung kepada daya tahan lapar.
• Tiada jadual tidur yang tetap untuk bayi yang baru lahir. Pada biasanya, bayi akan mula mengenali waktu malam ketika berumur 3 bulan. Lebih kurang 90% bayi pada peringkat ini akan tidur sepanjang malam, iaitu 6-8 jam.
• Kadangkala bayi akan menangis atau membuat bunyian jika tidak nyenyak tidur.Mereka akan terbangun dengan sendirinya semasa tidur di waktu malam. Ibubapa tidak perlu risau pada ganggguan ini kerana bayi perlu belajar untuk berada dalam keadaan ini.
• Sekiranya bayi anda menangis berterusan selama beberapa minit, anda perlu memberi perhatian. Bayi mungkin lapar, basah, sejuk, tidak sihat atau sakit. Beri perhatian dengan segera tanpa perhatian yang berlebihan kerana bayi perlu meneruskan tidurnya.

Apa tanda bayi sedia untuk tidur?

Ada beberapa tanda yang menunjukkan bayi anda sedia untuk tidur seperti:

  1. Menggosok-gosok mata
  2. Menguap
  3. Asyik melihat ke arah lain
  4. Meragam
Posisi Tidur
American Academy of Paediatrics mencadangkan posisi tidur yang sihat bagi bayi adalah "TIDUR TERLENTANG" dan bukan meniarap atau mengiring. Kejadian kematian bayi secara mengejut (Sudden Infant Death Syndrome-SIDS) telah berkurangan ke 50% semenjak posisi tidur ini dicadangkan pada tahun 1992. Posisi ini dikecualikan pada bayi yang cacat di bahagian kepala atau mempunyai lidah besar yang akan menyekat penafasan.



Tempat Tidur 
Cadangan tempat tidur bayi :
• Tidurkan bayi secara terlentang di atas tilam yang padat dan kemas di katil bayi
mengikut tahap keselamatan terkini.
• Jangan menggunakan bantal, pelapik tilam, selimut, permainan yang ada isian dan
pengadang katil yang tidak selamat.
• Jika menggunakan selimut, posisikan kaki bayi di penghujung palang katil.
• Selimutkan bayi dengan selimut yang nipis ke paras dadanya.
• Pastikan kepala bayi tidak tertutup dengan selimut apabila tidur.
• Jangan tidurkan bayi atas tilam air, sofa, tilam yang lembut, bantal atau di permukaan
yang lembut.
• Pastikan bayi memakai pakaian yang nipis semasa tidur dengan suhu bilik yang
sesuai.
• Elakkan menyelimut bayi secara berlebihan dan pastikan suhu badan bayi tidak panas.
• Bayi sepatutnya tidur terlentang. Bayi boleh di tiarapkan ketika jaga untuk
perkembangan otot, mata dan bagi mengelakkan belakang kepala bayi menjadi leper.
Mengikut laporan, bayi yang berkongsi katil dengan orang lain boleh membahayakan bayi
tersebut. Ikutilah panduan-panduan berikut:-
• Letakkan katil bayi berdekatan dengan katil ibubapa untuk memudahkan penyusuan
ibu dan sentuhan.
• Sekiranya ibu memilih untuk menyusukan bayi di atas katil, pastikan bayi tidak tidur
dalam posisi meniarap di permukaan tilam yang lembut atau cadar yang tidak kemas/longgar. Katil perlu dijauhkan dari dinding dan perabot untuk mengelakkan bayi daripada tersepit.
• Orang dewasa selain dari ibubapa, anak-anak yang lain tidak boleh berkongsi tempat tidur dengan bayi.
• Ibu atau bapa yang memilih untuk berkongsi tempat tidur dengan bayi tidak boleh
merokok, menggunakan dadah atau mengambil alkohol yang akan membahayakan
penjagaan bayi.

Membantu Bayi Tidur 
Anda boleh menidurkan bayi anda dengan mengenalpasti masa yang sesuai untuk tidur dan menyediakan tempat tidur yang selesa dan selamat.
• Hindarkan rangsangan yang berlebihan ketika menyusukan bayi di waktu malam dan ketika menukar lampin.
• Gelapkan bilik dan pastikan bilik adalah selesa dan senyap.
• Pakar menasihatkan agar bayi dipangku sebelum tidur dan dialih ke katil sebelum bayi tidur. Dengan cara ini bayi akan belajar tidur dengan sendiri.
• Memainkan muzik yang berirama perlahan bila tiba waktu tidur, dengan muzik ia
boleh membentuk jadual tidur berkala.

Mommies.. mane yg elok kita praktikkan... Saya pun kekadang my rayyan tak nak tidur malam.. especially waktu nak beralih bulan... Alhamdulillah mase dalam pantang tak ade masalah... Biaselah nak membesar....

No comments:

Followers