Thursday




Pasta Bayam

Bahannya

  • 200 g sayur bayam 
  • 30 g pasta 
  • 3 sudu besar kacang pea, dicelur 
  • 15 g unsalted butter
  •  2 sudu besar susu segar 
  • 2 sudu besar krim keju
  •  4 sudu besar parutan keju Parmesan  


Caranya

  1. Masak sayur bayam dalam periuk sehingga lembut. 
  2. Toskan air dan ketepikan bayam yang telah dimasak. 
  3. Cairkan marjerin dalam kuali dan tumis bayam yang telah dimasak.
  4.  Campurkan bayam dengan susu, krim keju dan keju Parmesan. 
  5. Kisarkan campuran di dalam pengisar makanan. T
  6. uangkan kisaran campuran ke atas pasta dan kacang pea.
  7.  Hidangkan.

Suapkan Saya, Mak!

Adalah penting untuk mengamalkan cara yang betul apabila memberi 
anak makanan pelengkap untuk memastikan tahap pemakanannya


Anda cuba menenangkan si manja dengan patung kegemarannya, tetapi dia asyik cuba menggigit barang mainan itu. Adakah si manja lapar lagi? Dia baru sahaja diberi susu ibu.

Ada kemungkinan bayi lapar lagi, kerana pada umur enam bulan, susu ibu sahaja tidak mencukupi untuknya. Bayi anda sudah bersedia untuk makanan pelengkap, iaitu makanan pejal dan separa pejal yang diberi bersama dengan susu ibu semasa peringkat cerai susu.


Mula berikan makanan pelengkap kepada si manja apabila dia mencecah umur 4-6 bulan. Makanan ini akan membekalkan anak anda tenaga dan nutrien untuk membesar dan berkembang.
Makanan pelengkap yang diperkenalkan pada peringkat ini memberi kesan ke atas tabiat makan si manja apabila dia membesar. Bayi harus diberi pelbagai jenis makanan supaya dapat menikmati bermacam-macam rasa sedap.

Ikuti garis panduan berikut apabila menyediakan dan memberi makanan pelengkap kepada bayi:

  • Perkenalkan makanan baru satu demi satu dan dalam kuantiti kecil (sebanyak satu atau dua sudu sahaja).
  • Jangan tambah garam, gula atau minyak kepada makanan.
  • Jangan paksa anak untuk menerima makanan yang baru; cuba memberinya sekali lagi kemudian.
  • Tunggu 3-5 hari sebelum cuba memperkenalkan satu lagi makanan yang baru. Ini boleh membantu anda mengenalpasti sebarang alahan yang mungkin timbul.
  • Sementary memperkenalkan jenis makanan yang baru, terus mmberikan makanan-makanan yang telah diperkenalkan dahulu.
  • Dari umur 6-8 bulan, mula memberi kombinasi beberapa jenis makanan.
  • Secra beransur-ansur, tingkatkan jumlah makanan yang diberi apabila bayi lebih besar.
  • Jadikan daging, ayam-itik, ikan atau telur sebahagian daripada diet bayi setiap hari, atau sekerap mungkin.
  • Suap bayi dengan perlahan dan sabar; jangan memaksa bayi makan.
  • Beri makanan yang sesuai dengan umur bayi. Jangan beri kacang atau bijian yang boleh menyebabkan bayi tercekik.
  • Berbual dan berpandangan dengan bayi semasa menyuapnya.
  • Terus memberi susu ibu dan campurkannya dengan makanan lain sekiranya sesuai.

Jika si manja anda dijagai oleh pembantu rumah, pengasuh, ibubapa atau mertua anda, mereka juga
harus diberitahu tentang garis panduan ini.

MAKANAN PERTAMA

Bubur, bubur dan bubur! Adakah anda sudah penat memikirkan apa untuk disediakan bagi bayi? Gunakan senarai di bawah sebagai panduan:

  • Mencecah 6 bulan: Beri si manja rasa sedikit selepas susu ibu
-
Bijirin sedia-makan yang telah diperkayakan dengan zat besi
-
Bubur nasi, oat atau barli
-
Buah-buahan lecek seperti pisang, betik, epal, pear (berikan satu demi satu)
-
Jus buah (cair) yang sudah ditapis (pastikan anda memberi jus satu jenis buah sahaja setiap kali; jangan campur dengan jus buah lain)

  • 6-8 bulan: Beri 2-3 kali sehari
-
Bubur nasi dengan sayur lecek, tauhu, ikan bilis yang dikisar halus atau kuning telur yang telah dilecek
-
Buah-buahan yang dilecek atau dicincang halus
-
Sayur, seperti lobak, kacang pis, tomato dan sayuran berdaun hijau, yang lembut atau dilecek
-
Hati, daging ayam atau ikan yang dicincang atau dilecek (berikan satu jenis makanan sahaja pada satu masa; jangan campur dengan jenis yang lain; dan jangan lupa berhati-hati dengan tulang ikan!)

  • 8-12 bulan: Beri 3-4 kali sehari sebelum memberi susu ibu
-
Buah-buahan lembut yang dipotong menjadi kepingan kecil
-
Jus buah yang sudah ditapis
-
Sayur yang dicincang, termasuk sayur berdaun hijau
-
Bubur nasi dengan daging dan ikan yang dicincang lumat atau halus

  • 12 bulan ke atas: Beri 1-2 kali, dengan snek berkhasiat
-
Nasi yang dimasak hingga lembut atau dilecek; dan mi yang dipotong menjadi kepingan-kepingan kecil (termasuk koay teow, mihun dan mi).
-
Bijirin gandum dan roti lembut (pastikan bayi tiada alahan)
-
Putih telur yang dimasak (pastikan bayi tiada alahan)
-
Buah-buahan lembut yang dipotong menjadi kepingan kecil
-
Jus buah yang sudah ditapis
-
Sayur yang dicincang, termasuk sayur berdaun hijau

  • Apabila si manja sakit
-
Beri susu ibu lebih kerap
-
Beri makanan kegemaran bayi yang sedap dan dimasak lembut
-
Galakkan bayi untuk makan lebih banyak sehingga berat badannya kembali seperti biasa

BOLEHKAH SAYA MEMBERI MAKANAN KOMERSIL?

Jika anda bekerja, sibuk dengan tugas di rumah atau terpaksa pergi ke tempat jauh, makanan bayi komersil merupakan alternatif yang mudah.

Makanan komersil yang paling biasa ialah bijirin sedia-makan, seperti bijirin nasi, oat atau barli, serta bijirin semua-dalam-satu yang mengandungi sayur atau buahbuahan. Anda juga boleh membeli
buah dan sayur-sayuran yang sedia dipuri, dan jus buah komersil.

Periksa label pada bungkusan untuk memastikan ia tidak mengandungi bahan tambahan, perisa dan
pewarna tiruan, atau garam dan gula tambahan. Apabila membeli jus buah, pilih jus 100% yang tidak dicampur gula.

Walaupun senang disediakan, makanan komersil kurang kepelbagaian dan tidak akan memperkenalkan si manja kepada rasa tempatan yang sedap. Teruskan memberi bayi makanan pelengkap yang dimasak sendiri, sekerap mungkin. Bukankah kata orang, masakan ibu terbaik sekali?

ASAS MEMPERKENALKAN MAKANAN PEJAL UNTUK BABY

BILA?
 Kira-kira enam bulan. Penyusuan eksklusif disyorkan sehingga enam bulan. Suatu diperkaya dengan zat besi, formula pemakanan bayi dianggap sebagai pengganti hanya mencukupi untuk penyusuan susu ibu oleh American Academy of Pediatrics.


BAGAIMANA?
Pergi perlahan-lahan! Tidak perlu tergesa-gesa.Gunakan "Salah satu pada masa" kaedah untuk memperkenalkan makanan baru. Kaedah ini membantu mengesan alahan dan memudahkan pencernaan.Memperkenalkan hanya satu makanan baru pada satu-satu masa, dan memastikan yang makanan yang hanya baru 3-5 hari.Jika reaksi alergi berlaku, laporkan kepada PAED.

BERAPA BANYAK?
Mulakan dengan hanya satu/dua sudu sahaja pada setiap waktu makan dan belajar untuk mengambil isyarat daripada bayi anda. Susu ibu atau formula kekal sebagai sumber utama pemakanan kepada 12 bulan, jadi kuantiti tidak penting sebagai pelbagai.

BERAPA KERAP?
Empat hingga enam makan mini sehari disyorkan, kerana perut si kecil adalah terlalu kecildan hawa nafsu yang berubah-ubah. Pada setiap hidangan mini, menawarkan sejumlah kecil (2 sudu / 1 auns) 2-3 jenis makanan yang berbeza.

APA YANG PERLU DIBERI?
Makanan pertama bayi termasuk vitamin-bijirin yang diperkaya yang menipis dengan susu ibu atau formula dicampur dengan kentang manis, epal, pisang dan pear. Selepas makanan yang pertama, anda perlahan-lahan boleh memperkenalkan makanan baru.Berikut adalah senarai makanan pertama untuk memperkenalkan mengikut umur

Khasiat dan kelebihan susu kambing

SUNNAH SUSU KAMBING DITINJAU DARI SISI ISLAM
Maka makanlah yang halal lagi toyyib dari rezeki yang telah diberikan oleh Allah kepadamu,dan syukurilah nikmat Allah,jika kamu hanya kepadaNYA menyembah (QS.16:114).
Kebanyakan kaum muslimin baru tiba pada tahap halal, belum sampai pada tahapan thoyyib(baik), padahal kita tidak bisa memisahkan pada tahap halal saja namun standart kethoyyiban juga perlu sebagaimana kedudukan sholat wajib dan mendirikan zakat yang diperintahkan oleh Allah bersama sama dalam sebuah ayat (QS. 2:83, 5:12, 19:55 dan 21:73) untuk menunjukkan pentingnya hal kedua yang tidak dapat dipisahkan dari yang pertama. maka semestinya pengetahuan makan dan minum yang thoyyibpun tidak bisa dipisahkan dari yang halal.maka hendaknya kita tidak berpuas diri dengan mengetahui makan dan minuman yang halal saja,melainkan hendaknya kita menambah pengetahuan kita akan kethoyyiban makanan dan minuman halal, termasuk susu.

SUNNAH SUSU KAMBING DITINJAU DARI SISI MEDIS DAN KEILMUAN
Kajian perubatan yang dilakukan oleh departement fisiologis university Granada telah mengungkapkan bahawa susu kambing mempunyai lebih banyak manfaat bagi kesehatan dibandingkan susu sapi atau lembu, dua sifat yang dimiliki susu kambing adalah:
  1. membantu mencegah anemia kekurangan zat besi
  2. membantu mencegah penghilangan mineral pada tulang  atau pelunakkan tulang (demineralisasi) osteporosis
Menurut kajian kami yang sangat memperhatikan pengaruh pola makan terhadap kesihatan serta pertumbuhan dan  perkembangan  bayi dan kanak remaja serta orang tua dan proses timbul dan sembuhya penyakit, telah membuktikan bahwa susu sapi KECUALI SUSU KAMBING Adalah bahan makanan yang paling banyak menimbulkan lendir didalam tubuh manusia, ingat penelitian yang dikembangjiankan universitas IPB Bogor yang dalam penelitiannya mengatakan: didalam kandungan susu formula sapi untuk bayi dan anak anak ditemukan bakteri enterosakazaki, yang menyebabkan bayi diare dan muntah muntah.
Diantara gangguan kesihatan yang ditimbulkan dari  penggunaan susu lembu  pada sebahagian anak anak adalah kegemukan, asma, infeksi paru paru, pilek alergi dan tuberkolosis, meskipun pada umumnya para dokter atau ahli gizi berpendapat bahwa susu lembu dapat menjadi bahan makan sumber berbagai macam antibody untuk melawan penyakit.

KELEBIHAN SUNNAH SUSU KAMBING
Susu kambing dilaporkan telah banyak digunakan sebagai susu pengganti susu lembu ataupun bahan pembuatan makanan bagi bayi bayi yang alergi terhadap susu lembu. Alergi pada saluran pencernaan bayi dilaporkan dapat berangsur angsur disembuhkan setelah minum susu kambing.
Dilaporkan bahwa sekitar 40% pesakit yang alergi terhadap protein susu lembu memiliki toleransi yang baik terhadap susu kambing. Pesakit tersebut kemungkinan besar sensitif terhadap lactoglubolin yang terkandung pada susu lembu. Diduga  protein susu(lactoglubolin yang paling bertanggung jawab terhadap kejadian alergi protein susu.
Susu kedelai sering pula digunakan sebagai salah satu alternatif pengganti susu pada bayi yang alergi terhadap susu sapi,walaupun demikian,masih terdapat sekitar 20-50% dari bayi yang diteliti memperlihatkan gejala tidak toleran terhadap susu kedelai, oleh sebab itu susu kambing  lebih dicadangkan untuk bayi dan anak anda.
Ukuran butiran lemak susu kambing lebih kecil jika dibandingkan dengan susu sapi/susu lainnyasebagai gambar ukuran butiran lemak susu kambing, sapi, kerbau, dan domba berturut turut adalah 3,49mm, 4.55mm, 5.92 dan 3.30mm.
Dari hasil penelitian sekelompok anak yang diberi susu kambing memiliki bobot badan, mineralisasi kerangka, kepadatan tulang, vitamin A, plasma darah, kalsium, tiamin, riboflavin, niacin,d an konsentrasi hemogloninya serta kekerasan  dan bobot pukulan lebih tinggi jika dibandingkan dengan kelompok anak yang diberi susu sapi.disamping itu susu kambing juga kaya kandungan mineral, kalsium, pottasium, magnesium, fosfor, klorin dan mangan.


Mari kita lihat 10 kebaikan susu kambing berbanding susu lembu.
  1. Susu kambing adalah susu kedua terbaik selepas susu ibu kerana kedua-duanya bersifat alkali disamping komposisi yang menghampiri antara satu sama lain. Manakala, susu lembu pula bersifat asid.Oleh itu, susu kambing sangat sesuai bagi merawat ulcer dan gastrik.
  2. Susu kambing memerlukan 20 min untuk dihadamkan sedangkan susu lembu mengambil masa 2jam. Ini disebabkan susu kambing mempunyai molekul lemak yang 1/5 lebih kecil dari susu lembu.
  3. Tidak terdapat mukus (phlegm) didalam susu kambing oleh itu ia sangat sesuai untuk pensakit asthma dan mereka yang mempunyai alahan terhadap susu lembu.
  4. Susu kambing mempunyai lebih banyak kandungan kalsium (32.6%) berbanding susu lembu (29.7%) dalam kuantiti yang sama. Kalsium penting dalam melindungi usus besar daripada bahan penyebab kanser, membantu menguatkan tulang akibat faktor usia atau monopous, mengurangkan simptom pening dan migrain serta melancarkan proses metabolisma dan fungsi organ tubuh badan.
  5. Kandungan Mineral Selenium yang kaya dalam susu kambing bertindak sebagai bahan bagi membantu sistem ketahanan sel badan manusia dan bahan anti oksida. Selain itu ianya melawan virus secara semulajadi dan mencegahnya dari membiak.
  6. Kandungan potassium & calcium yang tinggi dalam susu kambing serta kandungan sodium yang rendah dalam susu kambing sangat penting bagi membentuk tekanan darah yang normal dan mengawal fungsi hati yang normal.
  7. Susu kambing mempunyai keupayaan untuk melembutkan sistem usus dan membantu mengatasi masalah sembelit.
  8. Susu kambing didapati mengandungi kandungan Bioorganic Sodium yang tinggi. Bioorganic Sodium dikenali dalam rawatan naturopathic sebagai elemen anti penuaan dan mengurangkan masalah Rheumatoid Arthritis (inflamasi sendi).
  9. Susu kambing mengandungi bahan riboflavin untuk tenaga dan juga boleh merawat simpton penyakit asma, eczema, colic, insomnia dan demam kuning.
  10. Kandungan silicon dan fluorine yang tinggi dalam susu kambing dapat mencegah penyakit diabetes (kencing manis).

Satsumaimo donut (sweet potato donut)



Easy. Eggless

Sesuai utk 1 1/2 yo ke atas but i recommend 2yo onwards for deep fried food. 


Bahan: (make 9pcs)
1 1/2 cup tepung gandum
1 1/2 tbsp sugar
1 1/2 tbsp butter (lembut)
80-100g sweet potato (rebus dan lenyek, kemudian timbang)


100ml warm fresh milk
1 tsp yis mauripan (or any instant yeast)

Cara: (uli tangan)

1. Satukan susu suam, gula dan yis. Biarkan yis hidup (berbuih dan kembang)
2. Sementara tunggu yis, gaulkan tepung dan keledek. Jadi kasar mcm serbuk roti.
3. Buat bulatan, tuang sikit2 bancuhan susu ke dalam tepung, dan uli.
Ulang hingga susu habis.
4. Masukkan butter dan terus menguli hingga adunan sebati, lembut dan tidak melekat di jari dan bekas uli.
5. Timbang adunan utk tau berat total, kemudian bahagi 9. tanak pun takpe, ikut la if nk sama cantik donut nya. 
6. Saya guna cara buat bagel utk bentukkan donut (refer gambar). Nak tekap guna acuan donut pun bole, tp tatau la plak dpt berapa pcs.
7. Biarkan naik 2x ganda. Saya masukkan dlm oven, setting 40'C selama 40min.
8. Bole digoreng, api sederhana kecil hingga masak.


#tidak perlu golek dlm powder sugar kerana keledek dh sedap dan manis. Selamat tak yah pening kepala gula berterabur 

#gula perlu utk mbantu yis hidup. Bole guna brown sugar juga as ganti.

#kekal lembut walaupun dh sejuk.

Friday

Jom kita kenali SUSU

SUSU SEGAR

APAKAH DIA SUSU SEGAR ?
DI MANA SUSU TERJADI ?
KENAPA SUSU DIKATAKAN SALAH SATU DARIPADA MAKANAN TERBAIK ?
BAGAIMANA SUSU DIPEROLEHI DARIPADA LEMBU ?
BERAPA LAMA LEMBU MENGELUARKAN SUSU ?
APAKAH SUSU SEGAR YANG BERMUTU ?

"Susu segar" adalah sekresi susu biasa yang bersih daripada lembu yang diberi makan dan dipelihara dengan sempurna. Ini tidak termasuk susu yang diperolehi dalam masa empat hari sebaik saja selepas kelahiran anak.

Susu dihasilkan oleh sel-sel yang terdapat pada dinding-dinding alveoli di dalam pundi susu. Jumlah alveoli di dalam pundi susu bertambah semasa lembu bunting dan terus bertambah sehingga maksima pada kemuncak pengeluaran susu dan kemudiannya berkurangan sehingga habis laktasi.

Susu adalah salah satu daripada makanan terbaik kerana kandungan dan kebaikannya seperti berikut :
Protein untuk pertumbuhan dan pembinaan tisu seluruh badan.
Laktosa boleh menambah penyerapan kalsium dan fosforus yang penting untuk pembentukan tulang dan gigi.
Lemak untuk sumber tenaga.
Vitamin dan galian untuk menjauhi penyakit.

Susu diperolehi daripada lembu dengan merangsangkan lembu tersebut semasa memerah. Rangsangan ini adalah dengan menggunakan anak lembu berkenaan untuk menghisap puting tetek atau dengan cara lain yang pergerakannya menyerupai gerakan anak lembu menghisap susu. Ini dilaksanakan dengan menggunakan tangan atau mesin pemerah susu.

Lembu akan mengeluarkan susu setelah kelahiran dan akan terus mengeluarkan susu sekiranya tidak diberhentikan. Di dalam pengurusan yang baik, jangkamasa pengeluaran susu Laktasi) ialah 210 sehingga 250 hari, iaitu diberhentikan ketika lembu sudah 7 bulan mengandung. Ini adalah untuk merehatkan lembu dan menyediakannya untuk kelahiran kelak.

"Susu segar" mengandungi air, lemak dan pepejal bukan lemak seperti laktosa, protin, vitamin, galian (mineral) dan lain-lain.
Susu yang bermutu adalah susu yang dihasilkan dengan cara yang bersih dan dapat menepati kehendak-kehendak Peraturan Makanan 1985

BAGAIMANAKAH SUSU SEGAR DIKENDALIKAN ?
Susu segar yang telah diperah dan ditapis akan diisikan ke dalam "chum" atau tong susu yang bersih dan disimpan di tempat yang redup dan tidak terkena pancaran matahari. Susu ini akan dihantar secepat mungkin ke Pusat Pengumpulan Susu, Jabatan Perkhidmatan Haiwan untuk disejuk dan disimpan di dalam tangki sejuk pada suhu 3 - 4 oC sementara menunggu pemprosesan.

MENGAPA SUSU SEGAR MESTI DISIMPAN SEJUK ?
Susu segar mesti disimpan sejuk iaitu pada suhu 3o - 4o C bagi membekukan aktiviti pembiakan bakteria yang terdapat di dalam susu. Sekiranya tidak disimpan sejuk, bakteria akan terus membiak dan ia akan mempercepatkan lagi susu menjadi rosak.

BAGAIMANA SUSU BOLEH ROSAK ?
Di dalam susu terdapat banyak globul-globul lemak, yang mana kandungannya juga termasuk enzim lipase. Apabila dinding globul pecah, enzim-enzim ini akan bebas dan akan menguraikan lemak menjadikan susu berubah rasa - masam.

PUNCA SUSU ROSAK ?
Terdapat banyak punca yang boleh menyebabkan susu rosak. Antaranya adalah seperti berikut :
Pemerahan susu dilaksanakan di dalam keadaan yang tidak bersih
Bekas susu yang tidak bersih.
Tidak disimpan seperti yang dikehendaki.
Adanya bahan asing di dalam susu.
Susu tidak diproses dengan betul.

APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN PEMPROSESAN SUSU ?
Pemprosesan susu yang dimaksudkan adalah samada susu dirawat pada suhu yang tinggi, dihomogenkan, difermentasi, disejat, diadun atau dirawat dengan enzim dan lain-lain proses.

APAKAH TUJUAN PEMPROSESAN SUSU ?
Tujuan susu diproses adalah untuk menentukan bahawa susu selamat diminum dan boleh disimpan lama.

APA DIA SUSU PASTEUR ?
Susu yang telah dirawat pada suhu yang tinggi mengikut salah satu kaedah pempasteuran berikut :

Suhu susu dinaikkan kepada 63o-65oC dan dikekalkan selama 30 minit dan disejukkan secepat mungkin kepada suhu 3o- 4o C sebelum dipak dan disimpan.

Suhu susu dinaikkan kepada tidak kurang daripada 72oC dan dikekalkan selama 15 saat dan disejukkan secepat mungkin kepada suhu 3-4oC sebelum dipak dan disimpan.

Pempasteuran irii adalah pemprosesan yang biasa dilakukan untuk "susu segar". Susu pasteur hendaklah sentiasa disimpan pada suhu, 3 -4o C

Kedah Holding
Kaedah Susu Tinggi Masa Singkat


APA DIA SUSU STERIL ?
 Susu yang telah ditapis dan dihomogenkan dan seterusnya dinaikkan suhunya kepada tidak kurang 106oC selama tempoh yang mencukupi untuk menjadikannya steril secara komersial dan terus dipak di dalam bekas berkedap.

APA DIA SUSU SUHU ULTRA TINGGI ?
Susu suhu ultra tinggi atau susu U.H.T. adalah susu yang telah di rawat pada suhu tidak kurang datipada 135oC sekurang-kurangnya selama 2 saat, dan seterusnya dipak secara aseptik ke dalam bekas yang steril.

APA DIA SUSU SKIM ?
Susu skim atau susu tanpa lemak adalah susu yang lemaknya telah dipisahkan dan dikurangkan kepada tidak kurang daripada 0.5 peratus.

APA DIA SUSU CAMPURAN SEMULA ?
Susu campuran semula adalah susu yang telah dihasilkan dengan mencampurkan konstituen susu dengan air atau susu dengan kedua duanya sekali dan seterusnya dirawat secara pempasteuran, pensterilan atau suhu ultra tinggi.

APA DIA SUSU BANCUHAN ?
 Susu bancuhan adalah susu yang dihasilkan dengan rnenambah air kepada susu tepung penuh krim yang biasanya dirawat secara pensterilan atau suhu ultra tinggi.

APA DIA SUSU TEPUNG PENUH KRIM ?
 Susu tepung penuh krim adalah susu yang kandungan airnya telah dikeluarkan, dan mengandungi tidak kurang daripada 5 peratus air dan 26 peratus lemak.

APA DIA SUSU TEPUNG SKIM ?
 Susu tepung skim adalah susu tepung skim yang kandungan airnya telah dikeluarkan dan mengandungi tidak lebih daripada 3 peratus air dan mempunyai kandungan lemaknya tidak lebih daripada 1.5 peratus.

APA DIA SUSU SEJAT ?
 Susu sejat atau susu pekat adalah susu yang diperolehi dengan menyejat daripada susu sebahagian daripada airnya atau dengan menbancuh konstituen susu.
 Boleh dibahagi kepada dua jenis iaitu susu sejat tawar atau susu sejat manis (dimana terdapat tambahan gula).

APA DIA SUSU ISIAN ?
 Susu isian (lalah susu yang menyerupai susu segar, yang mana lemak susunya diganti keseluruhan atau sebahagiannya dengan minyak makan sayuran atau lemak makan sayuran yang setara atau kombinasi kedua-duanya.

APA DIA SUSU HIDROLISIS LAKTOSA ?
 Susu yang mengandungi laktosa rendah atau glukosa dan galaktosa. Ini dihasilkan dengan menggunakan enzim laktase. Susu ini (dihasilkan khas bagi pengguna yang tidak dapat menghadam susu laktosa ("lactose intolerence").

APA DIA SUSU BERPERISA ?
 Susu berperisa adalah susu yang mengandungi gula, bahan perisa, bahan pewama dan kondisioner makanan yang dibenarkan. Susu ini boleh samada dipasteur, disteril atau dirawat pada suhu ultra tinggi.

APA DIA DADIH ?
 Dadih adalah merupakan produk susu segar. lanya adalah agar agar susu yang diperolehi dengan menggunakan enzim rennet atau agar-agar, dan mengand
uni gula, tepung jagung/ susu skim, atau/ dan bahan perisa yang dibenarkan.

Wednesday

BAGAIMANA CARA UNTUK MENYEDIAKAN MAKANAN BABY?


Steam (cara terbaik) - khasiat tak hilang



Merebus (elakkan merebus terlalu lama untuk mengelakkan kehilangan zat-zat yang berkhasiat )



BLEND


Racik @ Carik


Langkah Kecil Ke Arah Penyuapan Sendiri


Langkah Kecil Ke Arah Penyuapan Sendiri
Galakkan si manja anda menggunakan sudu garpu apabila menyuap sendiri!
Oleh Profesor Madya Dr Poh Bee Koon, Pakar Pemakanan



Semasa enam bulan pertamanya, susu ibu merupakan satu-satunya makanan yang si manja anda perlukan. Pemberian makanan pelengkap, iaitu memberi makanan lain sebagai tambahan kepada susu ibu, merupakan peralihan yang biasanya bermula apabila si manja anda mencapai usia enam bulan. Ini sebenarnya merupakan masa belajar yang begitu menyeronokkan bagi si manja anda kerana sifat ingin tahu dan keinginannya untuk merasa, menyentuh dan memeriksa segalagalanya. Tambahan lagi, bayi akan lebih terangsang apabila dapat menggunakan sudu dan garpu untuk menyuap diri sendiri!
Langkah Kecil Ke Arah Penyuapan Sendiri

Bilakah masanya untuk mula memberi makanan pejal?

Secara amnya, usia disyorkan untuk memulakan makanan pejal adalah pada usia 6 bulan. Namun demikian, usia hanyalah salah satu daripada faktornya; kemahiran motor dan peringkat perkembangan seseorang kanak-kanak juga menentukan kesediaan mereka untuk menerima makanan pejal. Bayi perlu boleh menegakkan kepalanya dan tidak lagi menolak makanan dengan lidah sehingga mengakibatkan makanan keluar daripada mulut mereka.
Petanda lain yang menunjukkan si manja anda telah bersedia untuk makanan pejal termasuk:
  • Boleh duduk secara stabil.
  • Memasukkan objek di dalam mulutnya.
  • Telah mula mengunyah.
  • Memegang payu dara atau botol semasa menyusu.

Makan sendiri...

Apabila si manja anda berusia lebih kurang 9 bulan, dia biasanya telah mempunyai koordinasi yang diperlukan untuk mengambil makanan menggunakan jari telunjuk dan ibu jarinya – pegangan sepit (pincer grasp). Pada peringkat ini, bayi sepatutnya telah biasa dengan makanan seperti bijirin nasi dan daging atau sayuran puri. Anda boleh terus menggalakkannya dengan memberi finger food seperti potongan kecil betik atau pisang yang boleh dipegang dengan jarinya dan dimakan sendiri. Anda juga boleh memberikannya sudu bayi supaya dia dapat belajar memegang atau bermain dengan sudu walaupun belum pandai menyuap dirinya.
Berikut merupakan beberapa tip yang boleh membantu anda memperkenal dan menggalakkan si manja anda menggunakan sudu dan garpu:
  • Perhatikan petandanya. Jika si manja anda boleh memegang makanan menggunakan jari telunjuk dan ibu jarinya, maka dia mungkin sudah bersedia untuk menggunakan sudu. Ramai kanak-kanak mula menunjukkan minat untuk menyuap sendiri sekitar usia 9 dan 14 bulan.
  • Melekitnya! Berikan makanan yang separa melekit seperti keledek lecek yang tidak mudah jatuh daripada sudu. Ini meningkatkan kejayaan si manja anda untuk menyuap sendiri. Makanan yang mudah jatuh daripada sudu mungkin menyebabkan bayi putus asa.
  • Puji usaha si manja anda. Bina keyakinan si manja anda dengan memuji percubaannya menggunakan sudu. Gunakan komen yang boleh menggalakkan kemajuan si manja anda seperti, “Wah! Pandainya anak mama menggunakan sudu.”
  • Jangan paksa. Jangan paksa si manja anda jika dia masih belum bersedia. Ketepikan sudu dan cuba semula dalam beberapa minggu lagi.
  • Jadilah teladan yang baik. Bayi sering memerhatikan bagaimana anda menggunakan perkakas makan anda. Oleh itu, gunakannya secara betul.
  • Jangan marah jika tempat menjadi kotor. Adalah menjadi kebiasaan jika tempat makan menjadi amat kotor apabila anak anda belajar menyuap diri. Letakkan lapik lantai di bawah kerusi tinggi bayi untuk mengurangkan kerja kebersihan. Gunakan alas dada bayi agar bajunya tidak kotor.

Gunakan perkakas makan yang betul!
  • Dapatkan sudu khusus untuk kanakkanak bertatih yang mempunyai pemegang pendek serta senang dipegang, pinggan berpinggir getah yang tidak mudah bergerak dan alas dada bayi yang sesuai.
  • Perkenalkan cawan sedut yang diisi air atau susu apabila si manja anda menghampiri usia setahun. Apabila bayi memegang cawan dengan kedua-dua belah tangannya, ia akan menggalakkan perkembangan kemahiran motor dan juga penyuapan sendiri.
  • Perkakas yang mudah digunakan akan menggalakkan kejayaan penyuapan sendiri.
  • Perkakas makan yang digunakan perlulah bebas plumbum, bebas PVC dan bebas BPA.
Membenarkan si manja anda menyuap sendiri memerlukan kesabaran dan masa. Menggunakan perkakas makan seperti pinggan, sudu dan cawan merupakan suatu proses pembelajaran dan koordinasi’ dan kemahiran motor bayi anda akan bertambah baik dengan peningkatan usianya. Pastikan si manja anda tidak bersendirian semasa makan kerana takut tercekik. Jangan paksa dia makan dan cuba perkenalkan makanan dan tekstur baru dalam kuantiti yang kecil. Bersabar, berkreatif dan nikmatilah setiap saat si manja anda melalui proses ini!


 

Makanan Pejal Pertama Bayi

Makanan Pejal Pertama Bayi
Memperkenalkan makanan pejal adalah langkah pertama dalam usaha membiasakan bayi mengambil makanan yang betul.

Oleh Profesor Madya Dr Poh Bee Koon, Pakar Pemakanan

Susu ibu membekalkan segala nutrien yang penting dalam jumlah yang sesuai sehingga bayi anda berusia enam bulan. Apabila si manja terus membesar dan menjadi lebih aktif, dia memerlukan lebih banyak nutrien dan susu ibu sahaja tidak lagi mencukupi untuk menyokong tumbesaran optimum serta menjamin kesihatannya. Inilah masa yang terbaik untuk mula memberikan makanan pelengkap, iaitu proses menambah makanan pejal ke dalam diet bayi anda yang selama ini bergantung sepenuhnya kepada susu.

Masa paling sesuai untuk memberi makanan pejal

Bayi biasanya bersedia untuk mengambil makanan pejal apabila usianya mencecah enam bulan. Peralihan daripada diet susu ibu sepenuhnya kepada diet yang ditambah makanan pejal, merupakan tempoh genting dalam hayat bayi. Kelewatan memberi makanan pelengkap boleh menyebabkan kekurangan zat makanan, dan mungkin menjejaskan pertumbuhan serta perkembangan bayi, baik dari segi mental mahupun fizikal. Sebaliknya pula, pemberian makanan pejal terlalu awal juga tidak digalakkan kerana sistem penghadaman si manja masih belum cukup matang dan memerlukan masa untuk bersedia.
Adakah si manja bersedia untuk mengambil makanan pejal?
Tanda berikut menunjukkan si manja bersedia untuk mengambil makanan pejal:
  • Si manja menangis mahu menyusu lagi walaupun baru sahaja menyusu.
  • Meragam dan tidak sabar menunggu masa untuk penyusuan seterusnya.
  • Lebih aktif – meniarap dan bergolek atas lantai, cuba mengangkat dada untuk duduk.
  • Mula bangun malam untuk menyusu.
  • Memasukkan objek ke dalam mulut dan cuba mengunyah.
  • ‘Mengunyah’ walaupun tiada apa-apa di dalam mulutnya.

Dalam usia empat bulan, selera makannya mungkin bertambah; tetapi jangan sangka ini adalah tanda si manja memerlukan makanan pelengkap. Ramai bayi melalui fasa tumbesaran mendadak, menyebabkan mereka lebih cepat lapar daripada biasa!

Memberi makanan pelengkap

Apabila si manja menunjukkan tanda di atas, anda boleh memberikan makanan pelengkap, bermula dengan makanan yang lembut, tawar dan licin. Ramai ibu gemar memberi bijirin nasi yang dicampurkan dengan susu ibu. Ini membantu membiasakan bayi dengan tekstur makanan baru yang mempunyai rasa biasa. Selepas itu, anda boleh memperkenalkan makanan lecek atau puri yang lain seperti pisang, mangga, keledek, lobak merah dan labu. Apabila memperkenalkan makanan pejal kepada bayi, jangan tambah garam, atau gula.
AWAS!
Perkenalkan satu jenis makanan pada satu masa. Jangan campur pelbagai jenis makanan yang berlainan. Ini memudahkan anda mengenalpasti sama ada si manja alah kepada mana-mana jenis makanan.

Kepelbagaian adalah rencah kehidupan!

Apabila si manja anda bertambah besar, tekstur makanan yang anda berikan hendaklah dipelbagaikan, daripada makanan lecek kepada tekstur yang lebih kasar dan akhirnya bentuk cincang, seperti daging atau sayur cincang. Dengan memperkenalkan rasa dan tekstur baru, anda juga membantu si manja membina kemahiran mengunyah dan menelan.
Semakin bayi membesar, adalah juga penting untuk anda merangkumkan pelbagai jenis makanan yang berlainan ke dalam diet si manja, termasuk daging merah, ayam dan ikan, serta pelbagai jenis buah-buahan dan sayur-sayuran, produk susu, bijirin, nasi, pasta dan kentang. Apabila si manja mencapai umur satu tahun, anda boleh mulai memberikannya hidangan keluarga. Ini juga membantu memberi banyak pilihan dan mengelakkan anak menjadi cerewet makan apabila besar!

Teruskan pemberian susu

Meskipun si manja sudah mula mengambil makanan pejal, susu tetap menjadi sebahagian penting daripada dietnya. Ini adalah cara yang paling cepat dan paling mudah untuk memastikan anak anda mendapat segala nutrien yang diperlukan, terutama sekali apabila mereka baru sahaja mula mengambil makanan pejal. Di samping itu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menggalakkan penyusuan ibu sehingga kanak-kanak berusia dua tahun untuk membolehkan mereka mendapat manfaat maksimum daripada susu ibu.
Memperkenalkan makanan pelengkap bukanlah sesuatu yang boleh dilakukan dengan tergesa-gesa. Malah, banyak masa dan usaha diperlukan dalam tempoh peralihan ini. Paling penting, jangan mudah menyerah kalah jika si manja menolak atau meluahkan makanan pejal yang anda suapkan ke dalam mulutnya. Teruskan mencuba sehingga si manja anda dapat membiasakan diri dengan tekstur dan rasa makanan yang pelbagai.




Cari Susu Untuk Anak?

Cari Susu Untuk Anak?
Jangan sampai sukar buat pilihan!
Oleh Profesor Dr Norimah A Karim, Pakar Pemakanan


Anda boleh jadi juling apabila melihat semua pilihan produk yang ada untuk memenuhi keperluan pemakanan anak anda. Susu sahaja sudah boleh membuatkan anda keliru. Yang manakah patut dibeli, susu penuh krim atau susu tanpa lemak? Adakah susu beperisa sesuai untuk kanak-kanak kecil? Bagaimana pula dengan susu sejat dan susu pekat manis ... adakah ketiga-tiganya selamat untuk diambil? Memang ada banyak jenis rumusan susu yang diperkayakan dengan pelbagai nutrien. Yang manakah terbaik untuk anak anda?
Cari Susu Untuk Anak?

Penuh krim atau tanpa lemak – yang manakah lebih baik?

Susu penuh krim. Susu penuh krim dipungut terus daripada ternakan tenusu. Tiada sebarang ramuan yang ditambah atau diasingkan daripadanya dan telah diproses untuk membunuh sebarang mikroorganisma merbahaya supaya selamat diminum. Susu penuh krim disarankan untuk kanak-kanak membesar kerana ia mengandungi sekurang-kurangnya 3.5% lemak, yang amat penting untuk tumbesaran dan perkembangan.
Susu Tanpa Lemak. Susu jenis ini telah diproses untuk membuang kebanyakan kandungan lemaknya. Ini menyebabkan kekurangan paras vitamin larut lemak, terutama sekali vitamin A. Maka ia tidak disarankan untuk kanak-kanak kerana paras lemak yang rendah bermakna kandungan kalori yang kurang. Namun demikian, kanakkanak yang berlebihan berat badan atau dengan masalah kesihatan lain boleh mengambil susu rendah lemak. Rujuk kepada doktor anda sebelum menukar susu anak anda.


Rumusan susu yang diperkayakan

Rumusan susu biasanya dalam bentuk tepung dan diperkaya dengan pelbagai nutrien seperti vitamin A, B dan E, kalsium, zink, zat besi dan magnesium. Sesetengah susu juga diperkaya dengan asid lemak DHA dan AA, yang boleh membantu mempertingkat perkembangan otak kanak-kanak kecil, sementara ada susu lain yang diperkaya dengan pre- dan pro-biotik bagi menggalakkan kehadiran bakteria sihat di dalam usus. Secara amnya, terdapat tiga jenis rumusan susu atau susu membesar yang utama:
Milk Formulas
Walaupun sesetengah rumusan berharga lebih mahal daripada yang lain, namun semua rumusan susu perlu memenuhi piawaian pemakanan yang ketat. Oleh demikian, kebanyakan susu mengandungi nutrien yang sama, tidak kira jenamanya.
Bolehkah anak anda minum yang ini?
  • Susu berperisa sememangnya kegemaran kanak-kanak kecil kerana merupakan susu yang ditambah perisa coklat, vanila atau strawberi supaya rasanya lebih sedap. Namun, ia mungkin tidak sesuai untuk kanak-kanak yang muda kerana kandungan gulanya tinggi dan rendah lemak. Susu berperisa sesuai diminum sekali-sekala oleh kanak-kanak yang lebih tua kerana mengandungi nutrien dan merupakan pilihan yang lebih sihat berbanding minuman berkarbonat dan bergula.
  • Susu sejat adalah susu yang berkepekatan sangat tinggi dalam pemprosesan dan perlu dicairkan bagi mengurangkan kepekatan protein dan mineralnya. Ia juga mengandungi lemak yang tidak boleh diserap baik oleh kanak-kanak, berbanding jenis susu lain.
  • Susu pekat manis boleh disimpan lebih lama kerana telah diawet. Diawet dengan gula, ia mengandungi kandungan gula yang amat tinggi (sekurang-kurangnya 40-45%). Maka ia kurang sesuai untuk diberi kepada kanak-kanak.
Secara amnya, kebanyakan susu mempunyai semua nutrien yang diperlukan untuk tumbesaran dan perkembangan kanakkanak kecil. Perkembangan otak dan juga kesihatan serta tumbesaran optimum tidak bergantung sepenuhnya pada susu. Ia adalah kombinasi diet yang seimbang dan pelbagai. Pilih susu yang anda rasa paling sesuai untuk anak anda dan pertimbangkan kandungan gula, lemak serta belanjawan anda! Anda tidak perlu berbelanja banyak untuk mendapat pemakanan terbaik untuk anak anda.







Belajar Rasa-rasa Baru

Satu panduan ringkas tentang jenis dan cara memperkenalkan makanan pelengkap kepada bayi anda.
Oleh Profesor Madya Dr Poh Bee Koon, Pakar Pemakanan


Susu badan sahaja sudah tidak lagi mencukupi untuk memenuhi keperluan pemakanan yang semakin meningkat apabila bayi berusia 6 bulan. Pada masa ini, bayi anda memerlukan makanan pelengkap (makanan lain sebagai tambahan kepada susu badan anda), supaya dia boleh terus mendapat tenaga dan nutrien mencukupi bagi menyokong tumbesaran dan perkembangannya.
Belajar Rasa-rasa Baru
Umur 6 bulan merupakan masa yang baik untuk memperkenalkan makanan pelengkap kerana pada usia ini, sistem penghadaman bayi sudah bersedia untuk menerima makanan separa pejal. Tanda-tanda fizikal yang menunjukkan bayi anda sudah bersedia untuk makanan pelengkap termasuk:
  • Telah tumbuh gigi susu, di mana gigi pertamanya telah muncul pada usia lebih kurang 6 bulan, dan pada umur 9 bulan biasanya empat gigi depan atas serta empat gigi bawah sudahpun tumbuh.
  • Sudah boleh gigit, kunyah dan memamah makanan.
  • Boleh mengawal lidah dengan lebih baik.
  • Gemar memasukkan benda ke dalam mulut.
  • Rasa lapar sejurus selepas menyusu.

Apa yang perlu diberi?

Oleh kerana bayi anda belum pernah mencuba makanan selain daripada susu badan anda, maka ada baiknya jika anda memperkenalkan makanan baru secara perlahan-lahan, supaya bayi boleh membiasakan diri dengan rasa dan tekstur makanan yang baru. Pastikan makanan yang diberi adalah berkhasiat dan membekalkan tenaga serta nutrien yang mencukupi kepada bayi anda.

Dos

  • Perkenalkan satu makanan baru pada satu-satu masa. Berikan bayi anda beberapa hari untuk membiasakan diri dengan makanan tersebut sebelum memperkenalkan makanan lain. Ini memberi peluang kepadanya untuk mengenali rasa setiap makanan dan juga memudahkan anda mengesan sebarang alahan.
  • Gunakan sudu untuk memperkenalkan makanan baru dalam kuantiti sedikit sebelum menyusu.
  • Bayi mungkin akan menerima makanan baru dengan lebih baik jika dicampurkan dengan susu badan.
  • Mulakan dengan bijirin beras yang diperkaya dengan zat besi. Ini akan memberikan zat besi tambahan kepada bayi di saat ianya rendah.
  • Pelbagaikan makanan yang diberi setiap hari bagi memenuhi keperluan nutriennya setelah dia biasa dengan pelbagai jenis makanan. (Ini mungkin hanya akan berlaku kepada bayi berusia 9-10 bulan)
  • Tingkatkan pengambilan makanan pelengkap dan kekerapan penyusuan secara beransur-ansur, contohnya menyusu 2-3 kali sehari pada 6-8 bulan dan tingkatkan kepada 3-4 kali sehari pada 9-12 bulan.
  • Pada usia setahun, anak anda seharusnya sudah boleh makan bersama keluarga.

Don'ts

  • Jangan tambah garam atau perasa masin lain sebelum usia 1 tahun.
  • Jangan tambah gula atau minyak sekiranya tidak perlu.
  • Jangan beri makanan yang boleh menyebabkan bayi tercekik, seperti kacang, bijian atau keseluruhan buah anggur.
Ibu-ibu, jangan lupa untuk....
  • Teruskan menyusu badan sekerap dahulu dan selama yang bayi anda ingini.
  • Amalkan penyediaan, pengendalian dan penyimpanan makanan yang selamat dan bersih bagi mengurangkan risiko pencemaran yang boleh mengakibatkan cirit-birit.
Belajar Rasa-rasa Baru



Followers