Wednesday

BAGAIMANA CARA UNTUK MENYEDIAKAN MAKANAN BABY?


Steam (cara terbaik) - khasiat tak hilang



Merebus (elakkan merebus terlalu lama untuk mengelakkan kehilangan zat-zat yang berkhasiat )



BLEND


Racik @ Carik


Langkah Kecil Ke Arah Penyuapan Sendiri


Langkah Kecil Ke Arah Penyuapan Sendiri
Galakkan si manja anda menggunakan sudu garpu apabila menyuap sendiri!
Oleh Profesor Madya Dr Poh Bee Koon, Pakar Pemakanan



Semasa enam bulan pertamanya, susu ibu merupakan satu-satunya makanan yang si manja anda perlukan. Pemberian makanan pelengkap, iaitu memberi makanan lain sebagai tambahan kepada susu ibu, merupakan peralihan yang biasanya bermula apabila si manja anda mencapai usia enam bulan. Ini sebenarnya merupakan masa belajar yang begitu menyeronokkan bagi si manja anda kerana sifat ingin tahu dan keinginannya untuk merasa, menyentuh dan memeriksa segalagalanya. Tambahan lagi, bayi akan lebih terangsang apabila dapat menggunakan sudu dan garpu untuk menyuap diri sendiri!
Langkah Kecil Ke Arah Penyuapan Sendiri

Bilakah masanya untuk mula memberi makanan pejal?

Secara amnya, usia disyorkan untuk memulakan makanan pejal adalah pada usia 6 bulan. Namun demikian, usia hanyalah salah satu daripada faktornya; kemahiran motor dan peringkat perkembangan seseorang kanak-kanak juga menentukan kesediaan mereka untuk menerima makanan pejal. Bayi perlu boleh menegakkan kepalanya dan tidak lagi menolak makanan dengan lidah sehingga mengakibatkan makanan keluar daripada mulut mereka.
Petanda lain yang menunjukkan si manja anda telah bersedia untuk makanan pejal termasuk:
  • Boleh duduk secara stabil.
  • Memasukkan objek di dalam mulutnya.
  • Telah mula mengunyah.
  • Memegang payu dara atau botol semasa menyusu.

Makan sendiri...

Apabila si manja anda berusia lebih kurang 9 bulan, dia biasanya telah mempunyai koordinasi yang diperlukan untuk mengambil makanan menggunakan jari telunjuk dan ibu jarinya – pegangan sepit (pincer grasp). Pada peringkat ini, bayi sepatutnya telah biasa dengan makanan seperti bijirin nasi dan daging atau sayuran puri. Anda boleh terus menggalakkannya dengan memberi finger food seperti potongan kecil betik atau pisang yang boleh dipegang dengan jarinya dan dimakan sendiri. Anda juga boleh memberikannya sudu bayi supaya dia dapat belajar memegang atau bermain dengan sudu walaupun belum pandai menyuap dirinya.
Berikut merupakan beberapa tip yang boleh membantu anda memperkenal dan menggalakkan si manja anda menggunakan sudu dan garpu:
  • Perhatikan petandanya. Jika si manja anda boleh memegang makanan menggunakan jari telunjuk dan ibu jarinya, maka dia mungkin sudah bersedia untuk menggunakan sudu. Ramai kanak-kanak mula menunjukkan minat untuk menyuap sendiri sekitar usia 9 dan 14 bulan.
  • Melekitnya! Berikan makanan yang separa melekit seperti keledek lecek yang tidak mudah jatuh daripada sudu. Ini meningkatkan kejayaan si manja anda untuk menyuap sendiri. Makanan yang mudah jatuh daripada sudu mungkin menyebabkan bayi putus asa.
  • Puji usaha si manja anda. Bina keyakinan si manja anda dengan memuji percubaannya menggunakan sudu. Gunakan komen yang boleh menggalakkan kemajuan si manja anda seperti, “Wah! Pandainya anak mama menggunakan sudu.”
  • Jangan paksa. Jangan paksa si manja anda jika dia masih belum bersedia. Ketepikan sudu dan cuba semula dalam beberapa minggu lagi.
  • Jadilah teladan yang baik. Bayi sering memerhatikan bagaimana anda menggunakan perkakas makan anda. Oleh itu, gunakannya secara betul.
  • Jangan marah jika tempat menjadi kotor. Adalah menjadi kebiasaan jika tempat makan menjadi amat kotor apabila anak anda belajar menyuap diri. Letakkan lapik lantai di bawah kerusi tinggi bayi untuk mengurangkan kerja kebersihan. Gunakan alas dada bayi agar bajunya tidak kotor.

Gunakan perkakas makan yang betul!
  • Dapatkan sudu khusus untuk kanakkanak bertatih yang mempunyai pemegang pendek serta senang dipegang, pinggan berpinggir getah yang tidak mudah bergerak dan alas dada bayi yang sesuai.
  • Perkenalkan cawan sedut yang diisi air atau susu apabila si manja anda menghampiri usia setahun. Apabila bayi memegang cawan dengan kedua-dua belah tangannya, ia akan menggalakkan perkembangan kemahiran motor dan juga penyuapan sendiri.
  • Perkakas yang mudah digunakan akan menggalakkan kejayaan penyuapan sendiri.
  • Perkakas makan yang digunakan perlulah bebas plumbum, bebas PVC dan bebas BPA.
Membenarkan si manja anda menyuap sendiri memerlukan kesabaran dan masa. Menggunakan perkakas makan seperti pinggan, sudu dan cawan merupakan suatu proses pembelajaran dan koordinasi’ dan kemahiran motor bayi anda akan bertambah baik dengan peningkatan usianya. Pastikan si manja anda tidak bersendirian semasa makan kerana takut tercekik. Jangan paksa dia makan dan cuba perkenalkan makanan dan tekstur baru dalam kuantiti yang kecil. Bersabar, berkreatif dan nikmatilah setiap saat si manja anda melalui proses ini!


 

Makanan Pejal Pertama Bayi

Makanan Pejal Pertama Bayi
Memperkenalkan makanan pejal adalah langkah pertama dalam usaha membiasakan bayi mengambil makanan yang betul.

Oleh Profesor Madya Dr Poh Bee Koon, Pakar Pemakanan

Susu ibu membekalkan segala nutrien yang penting dalam jumlah yang sesuai sehingga bayi anda berusia enam bulan. Apabila si manja terus membesar dan menjadi lebih aktif, dia memerlukan lebih banyak nutrien dan susu ibu sahaja tidak lagi mencukupi untuk menyokong tumbesaran optimum serta menjamin kesihatannya. Inilah masa yang terbaik untuk mula memberikan makanan pelengkap, iaitu proses menambah makanan pejal ke dalam diet bayi anda yang selama ini bergantung sepenuhnya kepada susu.

Masa paling sesuai untuk memberi makanan pejal

Bayi biasanya bersedia untuk mengambil makanan pejal apabila usianya mencecah enam bulan. Peralihan daripada diet susu ibu sepenuhnya kepada diet yang ditambah makanan pejal, merupakan tempoh genting dalam hayat bayi. Kelewatan memberi makanan pelengkap boleh menyebabkan kekurangan zat makanan, dan mungkin menjejaskan pertumbuhan serta perkembangan bayi, baik dari segi mental mahupun fizikal. Sebaliknya pula, pemberian makanan pejal terlalu awal juga tidak digalakkan kerana sistem penghadaman si manja masih belum cukup matang dan memerlukan masa untuk bersedia.
Adakah si manja bersedia untuk mengambil makanan pejal?
Tanda berikut menunjukkan si manja bersedia untuk mengambil makanan pejal:
  • Si manja menangis mahu menyusu lagi walaupun baru sahaja menyusu.
  • Meragam dan tidak sabar menunggu masa untuk penyusuan seterusnya.
  • Lebih aktif – meniarap dan bergolek atas lantai, cuba mengangkat dada untuk duduk.
  • Mula bangun malam untuk menyusu.
  • Memasukkan objek ke dalam mulut dan cuba mengunyah.
  • ‘Mengunyah’ walaupun tiada apa-apa di dalam mulutnya.

Dalam usia empat bulan, selera makannya mungkin bertambah; tetapi jangan sangka ini adalah tanda si manja memerlukan makanan pelengkap. Ramai bayi melalui fasa tumbesaran mendadak, menyebabkan mereka lebih cepat lapar daripada biasa!

Memberi makanan pelengkap

Apabila si manja menunjukkan tanda di atas, anda boleh memberikan makanan pelengkap, bermula dengan makanan yang lembut, tawar dan licin. Ramai ibu gemar memberi bijirin nasi yang dicampurkan dengan susu ibu. Ini membantu membiasakan bayi dengan tekstur makanan baru yang mempunyai rasa biasa. Selepas itu, anda boleh memperkenalkan makanan lecek atau puri yang lain seperti pisang, mangga, keledek, lobak merah dan labu. Apabila memperkenalkan makanan pejal kepada bayi, jangan tambah garam, atau gula.
AWAS!
Perkenalkan satu jenis makanan pada satu masa. Jangan campur pelbagai jenis makanan yang berlainan. Ini memudahkan anda mengenalpasti sama ada si manja alah kepada mana-mana jenis makanan.

Kepelbagaian adalah rencah kehidupan!

Apabila si manja anda bertambah besar, tekstur makanan yang anda berikan hendaklah dipelbagaikan, daripada makanan lecek kepada tekstur yang lebih kasar dan akhirnya bentuk cincang, seperti daging atau sayur cincang. Dengan memperkenalkan rasa dan tekstur baru, anda juga membantu si manja membina kemahiran mengunyah dan menelan.
Semakin bayi membesar, adalah juga penting untuk anda merangkumkan pelbagai jenis makanan yang berlainan ke dalam diet si manja, termasuk daging merah, ayam dan ikan, serta pelbagai jenis buah-buahan dan sayur-sayuran, produk susu, bijirin, nasi, pasta dan kentang. Apabila si manja mencapai umur satu tahun, anda boleh mulai memberikannya hidangan keluarga. Ini juga membantu memberi banyak pilihan dan mengelakkan anak menjadi cerewet makan apabila besar!

Teruskan pemberian susu

Meskipun si manja sudah mula mengambil makanan pejal, susu tetap menjadi sebahagian penting daripada dietnya. Ini adalah cara yang paling cepat dan paling mudah untuk memastikan anak anda mendapat segala nutrien yang diperlukan, terutama sekali apabila mereka baru sahaja mula mengambil makanan pejal. Di samping itu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menggalakkan penyusuan ibu sehingga kanak-kanak berusia dua tahun untuk membolehkan mereka mendapat manfaat maksimum daripada susu ibu.
Memperkenalkan makanan pelengkap bukanlah sesuatu yang boleh dilakukan dengan tergesa-gesa. Malah, banyak masa dan usaha diperlukan dalam tempoh peralihan ini. Paling penting, jangan mudah menyerah kalah jika si manja menolak atau meluahkan makanan pejal yang anda suapkan ke dalam mulutnya. Teruskan mencuba sehingga si manja anda dapat membiasakan diri dengan tekstur dan rasa makanan yang pelbagai.




Cari Susu Untuk Anak?

Cari Susu Untuk Anak?
Jangan sampai sukar buat pilihan!
Oleh Profesor Dr Norimah A Karim, Pakar Pemakanan


Anda boleh jadi juling apabila melihat semua pilihan produk yang ada untuk memenuhi keperluan pemakanan anak anda. Susu sahaja sudah boleh membuatkan anda keliru. Yang manakah patut dibeli, susu penuh krim atau susu tanpa lemak? Adakah susu beperisa sesuai untuk kanak-kanak kecil? Bagaimana pula dengan susu sejat dan susu pekat manis ... adakah ketiga-tiganya selamat untuk diambil? Memang ada banyak jenis rumusan susu yang diperkayakan dengan pelbagai nutrien. Yang manakah terbaik untuk anak anda?
Cari Susu Untuk Anak?

Penuh krim atau tanpa lemak – yang manakah lebih baik?

Susu penuh krim. Susu penuh krim dipungut terus daripada ternakan tenusu. Tiada sebarang ramuan yang ditambah atau diasingkan daripadanya dan telah diproses untuk membunuh sebarang mikroorganisma merbahaya supaya selamat diminum. Susu penuh krim disarankan untuk kanak-kanak membesar kerana ia mengandungi sekurang-kurangnya 3.5% lemak, yang amat penting untuk tumbesaran dan perkembangan.
Susu Tanpa Lemak. Susu jenis ini telah diproses untuk membuang kebanyakan kandungan lemaknya. Ini menyebabkan kekurangan paras vitamin larut lemak, terutama sekali vitamin A. Maka ia tidak disarankan untuk kanak-kanak kerana paras lemak yang rendah bermakna kandungan kalori yang kurang. Namun demikian, kanakkanak yang berlebihan berat badan atau dengan masalah kesihatan lain boleh mengambil susu rendah lemak. Rujuk kepada doktor anda sebelum menukar susu anak anda.


Rumusan susu yang diperkayakan

Rumusan susu biasanya dalam bentuk tepung dan diperkaya dengan pelbagai nutrien seperti vitamin A, B dan E, kalsium, zink, zat besi dan magnesium. Sesetengah susu juga diperkaya dengan asid lemak DHA dan AA, yang boleh membantu mempertingkat perkembangan otak kanak-kanak kecil, sementara ada susu lain yang diperkaya dengan pre- dan pro-biotik bagi menggalakkan kehadiran bakteria sihat di dalam usus. Secara amnya, terdapat tiga jenis rumusan susu atau susu membesar yang utama:
Milk Formulas
Walaupun sesetengah rumusan berharga lebih mahal daripada yang lain, namun semua rumusan susu perlu memenuhi piawaian pemakanan yang ketat. Oleh demikian, kebanyakan susu mengandungi nutrien yang sama, tidak kira jenamanya.
Bolehkah anak anda minum yang ini?
  • Susu berperisa sememangnya kegemaran kanak-kanak kecil kerana merupakan susu yang ditambah perisa coklat, vanila atau strawberi supaya rasanya lebih sedap. Namun, ia mungkin tidak sesuai untuk kanak-kanak yang muda kerana kandungan gulanya tinggi dan rendah lemak. Susu berperisa sesuai diminum sekali-sekala oleh kanak-kanak yang lebih tua kerana mengandungi nutrien dan merupakan pilihan yang lebih sihat berbanding minuman berkarbonat dan bergula.
  • Susu sejat adalah susu yang berkepekatan sangat tinggi dalam pemprosesan dan perlu dicairkan bagi mengurangkan kepekatan protein dan mineralnya. Ia juga mengandungi lemak yang tidak boleh diserap baik oleh kanak-kanak, berbanding jenis susu lain.
  • Susu pekat manis boleh disimpan lebih lama kerana telah diawet. Diawet dengan gula, ia mengandungi kandungan gula yang amat tinggi (sekurang-kurangnya 40-45%). Maka ia kurang sesuai untuk diberi kepada kanak-kanak.
Secara amnya, kebanyakan susu mempunyai semua nutrien yang diperlukan untuk tumbesaran dan perkembangan kanakkanak kecil. Perkembangan otak dan juga kesihatan serta tumbesaran optimum tidak bergantung sepenuhnya pada susu. Ia adalah kombinasi diet yang seimbang dan pelbagai. Pilih susu yang anda rasa paling sesuai untuk anak anda dan pertimbangkan kandungan gula, lemak serta belanjawan anda! Anda tidak perlu berbelanja banyak untuk mendapat pemakanan terbaik untuk anak anda.







Belajar Rasa-rasa Baru

Satu panduan ringkas tentang jenis dan cara memperkenalkan makanan pelengkap kepada bayi anda.
Oleh Profesor Madya Dr Poh Bee Koon, Pakar Pemakanan


Susu badan sahaja sudah tidak lagi mencukupi untuk memenuhi keperluan pemakanan yang semakin meningkat apabila bayi berusia 6 bulan. Pada masa ini, bayi anda memerlukan makanan pelengkap (makanan lain sebagai tambahan kepada susu badan anda), supaya dia boleh terus mendapat tenaga dan nutrien mencukupi bagi menyokong tumbesaran dan perkembangannya.
Belajar Rasa-rasa Baru
Umur 6 bulan merupakan masa yang baik untuk memperkenalkan makanan pelengkap kerana pada usia ini, sistem penghadaman bayi sudah bersedia untuk menerima makanan separa pejal. Tanda-tanda fizikal yang menunjukkan bayi anda sudah bersedia untuk makanan pelengkap termasuk:
  • Telah tumbuh gigi susu, di mana gigi pertamanya telah muncul pada usia lebih kurang 6 bulan, dan pada umur 9 bulan biasanya empat gigi depan atas serta empat gigi bawah sudahpun tumbuh.
  • Sudah boleh gigit, kunyah dan memamah makanan.
  • Boleh mengawal lidah dengan lebih baik.
  • Gemar memasukkan benda ke dalam mulut.
  • Rasa lapar sejurus selepas menyusu.

Apa yang perlu diberi?

Oleh kerana bayi anda belum pernah mencuba makanan selain daripada susu badan anda, maka ada baiknya jika anda memperkenalkan makanan baru secara perlahan-lahan, supaya bayi boleh membiasakan diri dengan rasa dan tekstur makanan yang baru. Pastikan makanan yang diberi adalah berkhasiat dan membekalkan tenaga serta nutrien yang mencukupi kepada bayi anda.

Dos

  • Perkenalkan satu makanan baru pada satu-satu masa. Berikan bayi anda beberapa hari untuk membiasakan diri dengan makanan tersebut sebelum memperkenalkan makanan lain. Ini memberi peluang kepadanya untuk mengenali rasa setiap makanan dan juga memudahkan anda mengesan sebarang alahan.
  • Gunakan sudu untuk memperkenalkan makanan baru dalam kuantiti sedikit sebelum menyusu.
  • Bayi mungkin akan menerima makanan baru dengan lebih baik jika dicampurkan dengan susu badan.
  • Mulakan dengan bijirin beras yang diperkaya dengan zat besi. Ini akan memberikan zat besi tambahan kepada bayi di saat ianya rendah.
  • Pelbagaikan makanan yang diberi setiap hari bagi memenuhi keperluan nutriennya setelah dia biasa dengan pelbagai jenis makanan. (Ini mungkin hanya akan berlaku kepada bayi berusia 9-10 bulan)
  • Tingkatkan pengambilan makanan pelengkap dan kekerapan penyusuan secara beransur-ansur, contohnya menyusu 2-3 kali sehari pada 6-8 bulan dan tingkatkan kepada 3-4 kali sehari pada 9-12 bulan.
  • Pada usia setahun, anak anda seharusnya sudah boleh makan bersama keluarga.

Don'ts

  • Jangan tambah garam atau perasa masin lain sebelum usia 1 tahun.
  • Jangan tambah gula atau minyak sekiranya tidak perlu.
  • Jangan beri makanan yang boleh menyebabkan bayi tercekik, seperti kacang, bijian atau keseluruhan buah anggur.
Ibu-ibu, jangan lupa untuk....
  • Teruskan menyusu badan sekerap dahulu dan selama yang bayi anda ingini.
  • Amalkan penyediaan, pengendalian dan penyimpanan makanan yang selamat dan bersih bagi mengurangkan risiko pencemaran yang boleh mengakibatkan cirit-birit.
Belajar Rasa-rasa Baru



Panduan Makanan Pelengkap

Makanan pelengkap akan membantu memenuhi keperluan pemakanan bayi apabila susu ibu sudah tidak lagi mencukupi.
Oleh Profesor Madya Dr Poh Bee Koon, Pakar Pemakanan



Perkembangan setiap kanak-kanak, dari zaman bayi ke zaman dewasa, sangat bergantung kepada pemakanan yang baik. Tempoh dari lahir hingga ke usia 2 tahun merupakan fasa yang paling kritikal di dalam kehidupan seorang kanak-kanak dan pemakanan yang baik sangat penting untuk menyokong tumbesaran serta perkembangan yang optimum.
Kajian-kajian telah menunjukkan bahawa penyusuan ibu dan amalan makanan pelengkap yang kurang baik dan juga penyakit berjangkit merupakan punca-punca utama malnutrisi dan tumbesaran yang tidak baik dalam tempoh dua tahun pertama kehidupan kanak-kanak. Bagi mencegah daripada berlakunya keadaan yang tidak diingini ini, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengeluarkan satu set garis panduan dan saranan tentang makanan pelengkap khusus untuk kanak-kanak yang pernah diberi susu ibu. Garis panduan ini juga boleh digunakan untuk kanak-kanak yang tidak pernah diberi susu ibu.

  • Susui bayi anda secara eksklusif sehingga usia 6 bulan, dan perkenalkan makanan pelengkap selepas usia 6 bulan sebagai tambahan kepada penyusuan ibu. Penyusuan susu ibu secara eksklusif semasa 6 bulan pertama akan melindungi bayi daripada jangkitan gastrousus dan meningkatkan perkembangan motor mereka. Namun demikian, selepas 6 bulan, susu ibu sudah tidak lagi mencukupi untuk memenuhi keperluan nutrien bayi dan sudah tiba masanya untuk memperkenalkan makanan pelengkap kepadanya.
  • Susui bayi anda secara mengikut permintaan sehingga usia 2 tahun atau selanjutnya. Susu ibu boleh mencegah dehidrasi dan membekalkan mikronutrien untuk melawan jangkitan. Bayi di bawah usia 6 bulan yang disusui ibu sepenuhnya akan memperolehi semua keperluan tenaga mereka daripada susu ibu. Manakala bayi antara usia 12–23 bulan yang disusui ibu serta telah memulakan makanan pelengkap, hanya akan menerima 35 -40% keperluan tenaganya daripada susu ibu.
  • Amalkan penyusuan responsif yang bukan sahaja mementingkan makanan yang diberi malahan bagaimana, di mana, bila dan siapa yang memberi makanan kepada anak anda. Bayi perlu disuap manakala kanak-kanak yang lebih besar pula boleh dibantu makan sendiri. Bersabar dan galakkan anak anda makan tanpa paksaan. Jika anak anda menolak makanan yang biasa, cuba pula kombinasi-kombinasi makanan lain.
  • Amalkan kebersihan. Sentiasa cuci tangan sebelum menyediakan makanan dan juga sebelum makan. Gunakan perkakas, cawan dan pinggan mangkuk yang bersih. Jangan guna bekas minuman yang sukar dicuci. Akhir sekali, simpan makanan di tempat yang sesuai dan bersih, contohnya seperti bekas kedap udara, peti sejuk atau kabinet dapur.
  • Mula memberi makanan dalam kuantiti kecil apabila bayi anda berusia 6 bulan dan tingkatkan kuantiti yang diberi apabila dia semakin besar. Sebagai tambahan kepada susu ibu, bayi anda perlu mendapatkan tenaga daripada makanan pelengkap setiap hari: bayi berumur 6-8 bulan memerlukan pengambilan lebih kurang 200 kkal, bayi berusia 9-11 bulan memerlukan 300 kkal, dan keperluan seorang bayi yang berusia 12 -24 bulan meningkat kepada 550 kkal. Peningkatan kalori secara beransur-ansur boleh dicapai dengan memberi makanan tambahan seperti bubur nasi dan sayur-sayuran pada setiap waktu makan. Nota: 100 kkal adalah sekurang-kurangnya 1 cawan bubur nasi kosong, 1 keping roti atau 1 pisang sederhana.
  • Tingkatkan kelikatan dan kepelbagaian makanan si manja anda secara beransur-ansur apabila dia membesar. Bayi berusia 6 bulan boleh diberi makanan dilumat atau separa pejal. Pada usia 8 bulan, bayi sudah boleh memakan “finger food” atau snek. Kebanyakan kanak-kanak sudah boleh makan makanan yang dimakan keluarga pada usia 12 bulan. Elakkan makanan yang boleh mengakibatkan mereka tercekik seperti kacang, lobak merah mentah, buah anggur, rambutan dan makanan berbentuk aneh.
  • Tingkatkan secara beransur-ansur kekerapan bayi anda makan. Bayi berusia 6-8 bulan boleh diberi makan sebanyak 2-3 kali sehari. Kemudian, antara usia 9-11 bulan, tingkatkan kekerapannya kepada 3-4 kali sehari, dan apabila berusia 12-24 bulan pula boleh diberi snek berkhasiat tambahan sebanyak sekali atau dua kali sehari.
  • Beri anak anda pelbagai makanan yang tinggi nutrien. Makanan seperti daging, ayam, telur atau ikan perlu dimakan setiap hari atau sekerap mungkin. Diet vegetarian semata-mata tidak sesuai untuk kanak-kanak pada usia yang muda ini melainkan mereka turut diberi suplemen nutrien tambahan. Beri anak anda sayur-sayuran seperti lobak merah, bayam atau brokoli dan buah-buahan kaya vitamin A seperti betik, mangga atau tembikai setiap hari. Elakkan minuman yang bernutrien rendah seperti teh, kopi atau minuman bergula seperti sirup atau minuman ringan berkarbonat.
  • Ada kalanya, anda dan bayi anda mungkin perlu mengambil suplemen vitamin dan mineral atau produk makan yang diperkuat. Ibu yang menyusu badan mungkin perlu melengkapi diet mereka dengan suplemen dan produk diperkuat untuk kesihatan diri sendiri dan juga untuk membekalkan nutrien-nutrien tertentu di dalam susu mereka. Ingatlah bahawa anda perlu merujuk kepada doktor, pakar pemakanan, pegawai dietetik atau para profesional kesihatan lain sebelum mengambil suplemen nutrien.
  • Jika bayi anda jatuh sakit, tingkatkan pengambilan cecair dan penyusuan ibu sekerap mungkin.Galakkan anak anda makan makanan yang lembut dan menyelerakan. Apabila kembali sihat, berikannya makan dan susu ibu yang lebih banyak daripada biasa serta sekerap mungkin. Kanak-kanak memerlukan pengambilan nutrien yang lebih banyak untuk menggantikan kehilangan nutrien semasa sakit.
Pengambilan makanan pelengkap semasa dua tahun pertama kehidupan kanak-kanak adalah kritikal bagi memastikan perkembangan fizikal dan kognitif yang baik. Ikutilah saranan-saranan yang diberikan tentang makanan pelengkap ini untuk memastikan keperluan pemakanan si manja anda dipenuhi.

Age-by-age guide to feeding your baby


Age: 6 to 8 months

Signs of readiness for solid food
  • Same as 4 to 6 months
What to feed
  • Breast milk or formula, PLUS
  • Iron-fortified cereals (rice, barley, oats)
  • Pureed or strained fruits (banana, pears, applesauce, peaches)
  • Pureed or strained vegetables (avocado, well-cooked carrots, squash, and sweet potato)
  • Pureed meat (chicken, pork, beef)
  • Pureed tofu
  • Pureed legumes (black beans, chickpeas, edamame, fava beans, black-eyed peas, lentils, and kidney beans)
How much per day
  • 3 to 9 tablespoons cereal, in 2 to 3 feedings
  • 1 teaspoon fruit, gradually increased to 1/4 to 1/2 cup in 2 to 3 feedings
  • 1 teaspoon vegetables, gradually increased to 1/4 to 1/2 cup in 2 to 3 feedings
Feeding tips
  • Introduce new foods one at a time, with at least three days in between to make sure your baby's not allergic.

Age: 8 to 10 months

Signs of readiness for solid and finger foods
  • Same as 6 to 8 months, PLUS
  • Picks up objects with thumb and forefinger (pincer grasp)
  • Can transfer items from one hand to the other
  • Puts everything in his mouth
  • Moves jaw in a chewing motion
What to feed
  • Breast milk or formula, PLUS
  • Small amounts of soft pasteurized cheese, yogurt, cottage cheese (but no cows' milk until age 1)
  • Iron-fortified cereals (rice, barley, wheat, oats, mixed cereals)
  • Mashed fruits and vegetables (bananas, peaches, pears, avocados, cooked carrots, squash, potatoes, sweet potatoes)
  • Finger foods (lightly toasted bagels, cut up; small pieces of ripe banana; well-cooked spiral pasta; teething crackers; low-sugar O-shaped cereal)
  • Small amounts of protein (egg, pureed meats, poultry, and boneless fish; tofu; well-cooked and mashed beans with soft skins like lentils, split peas, pintos, black beans)
How much per day
  • 1/4 to 1/3 cup dairy (or 1/2 oz. cheese)
  • 1/4 to 1/2 cup iron-fortified cereal
  • 1/4 to 1/2 cup fruit
  • 1/4 to 1/2 cup vegetables
  • 1/8 to 1/4 cup protein foods
Feeding tip
  • Introduce new foods one at a time, with at least three days in between to make sure your baby's not allergic.

Age: 10 to 12 months

Signs of readiness for additional solid food
  • Same as 8 to 10 months, PLUS
  • Swallows food more easily
  • Has more teeth
  • No longer pushes food out with tongue
  • Is trying to use a spoon
What to feed
  • Breast milk or formula PLUS
  • Soft pasteurized cheese, yogurt, cottage cheese (but no cows' milk until age 1)
  • Iron-fortified cereals (rice, barley, wheat, oats, mixed cereals)
  • Fruit cut into cubes or strips, or mashed
  • Bite-size, soft-cooked vegetables (peas, carrots)
  • Combo foods (macaroni and cheese, casseroles)
  • Protein (egg; pureed or finely ground meats, poultry, and boneless fish; tofu; well-cooked and mashed beans)
  • Finger foods (lightly toasted bread or bagels, small pieces of ripe banana, spiral pasta, teething crackers, low-sugar O-shaped cereal)
How much per day
  • 1/3 cup dairy (or 1/2 oz. cheese)
  • 1/4 to 1/2 cup iron-fortified cereal
  • 1/4 to 1/2 cup fruit
  • 1/4 to 1/2 cup vegetables
  • 1/8 to 1/4 cup combo foods
  • 1/8 to 1/4 cup protein foods
Feeding tip
  • Introduce new foods one at a time, with at least three days in between to make sure your baby's not allergic.

Followers