Langkah Kecil Ke Arah Penyuapan Sendiri
Galakkan si manja anda menggunakan sudu garpu apabila menyuap sendiri!
Oleh Profesor Madya Dr Poh Bee Koon, Pakar Pemakanan
Semasa enam bulan pertamanya, susu ibu merupakan satu-satunya makanan yang si manja anda perlukan. Pemberian makanan pelengkap, iaitu memberi makanan lain sebagai tambahan kepada susu ibu, merupakan peralihan yang biasanya bermula apabila si manja anda mencapai usia enam bulan. Ini sebenarnya merupakan masa belajar yang begitu menyeronokkan bagi si manja anda kerana sifat ingin tahu dan keinginannya untuk merasa, menyentuh dan memeriksa segalagalanya. Tambahan lagi, bayi akan lebih terangsang apabila dapat menggunakan sudu dan garpu untuk menyuap diri sendiri! Bilakah masanya untuk mula memberi makanan pejal?Secara amnya, usia disyorkan untuk memulakan makanan pejal adalah pada usia 6 bulan. Namun demikian, usia hanyalah salah satu daripada faktornya; kemahiran motor dan peringkat perkembangan seseorang kanak-kanak juga menentukan kesediaan mereka untuk menerima makanan pejal. Bayi perlu boleh menegakkan kepalanya dan tidak lagi menolak makanan dengan lidah sehingga mengakibatkan makanan keluar daripada mulut mereka. Petanda lain yang menunjukkan si manja anda telah bersedia untuk makanan pejal termasuk:
Makan sendiri...Apabila si manja anda berusia lebih kurang 9 bulan, dia biasanya telah mempunyai koordinasi yang diperlukan untuk mengambil makanan menggunakan jari telunjuk dan ibu jarinya – pegangan sepit (pincer grasp). Pada peringkat ini, bayi sepatutnya telah biasa dengan makanan seperti bijirin nasi dan daging atau sayuran puri. Anda boleh terus menggalakkannya dengan memberi finger food seperti potongan kecil betik atau pisang yang boleh dipegang dengan jarinya dan dimakan sendiri. Anda juga boleh memberikannya sudu bayi supaya dia dapat belajar memegang atau bermain dengan sudu walaupun belum pandai menyuap dirinya. Berikut merupakan beberapa tip yang boleh membantu anda memperkenal dan menggalakkan si manja anda menggunakan sudu dan garpu:
Membenarkan si manja anda menyuap sendiri memerlukan kesabaran dan masa. Menggunakan perkakas makan seperti pinggan, sudu dan cawan merupakan suatu proses pembelajaran dan koordinasi’ dan kemahiran motor bayi anda akan bertambah baik dengan peningkatan usianya. Pastikan si manja anda tidak bersendirian semasa makan kerana takut tercekik. Jangan paksa dia makan dan cuba perkenalkan makanan dan tekstur baru dalam kuantiti yang kecil. Bersabar, berkreatif dan nikmatilah setiap saat si manja anda melalui proses ini! | ||
No comments:
Post a Comment