Wednesday

CARA-CARA MEMBUAT PUREE/ BUBUR NASI

CARA BUAT PUREE BUAH/SAYUR:

1. Rebus/stim buah/sayur. Kalau rebus, kena rebus satu2 buah/sayur... gunakan sikit je air dan api kecik ye. Kalau stim, boleh stim sekali 2/3 jenis2 sayur/buah...
  • Sayur yg baby leh makan:
    • Bayam Hijau@Merah
    • Brocoli
    • Kentang
    • Carrot
    • Pumpkin
    • Avocado
    • Cauliflower
    • Appricot ( blend dgn belender kering dulu)
    • Cranberry
  • Buah yang baby leh makan (jangan lupa buang kulit dulu) :
    • Pear
    • Apple Merah
    • Pisang
    • Strawberry
    • Blueberry
  • Ikan yang boleh di makan (saya bg anak saya ikan mase umur 8 bulan)
    • ikan salmon (mmg banyak khasiat)
    • ikan yu
    • ikan kurau
    • ikan ketul (yang guna untuk buat fish n chips)
2. Bila sayur/buah dah lembut, blend kan asing2... Saya guna blender kering tu je. Cuma tambahkan sikit je air sebab sayur/buah ni dah lembut dah.

3.Accoding to my paed, nasi banyak kabohidrat, so kekdg tu tukar2 dgn oat or beras perang. Saya sarankan guna beras perang.. tak ade kanji.. baby pun senang nak poo-poo Setiap kali saya masak bubur saya mesti masukkan kurma or kismis.. bg rasa.. ikut  Sunnah Nabi MUhammad s.a.w.


4.Mcm saya, sy masak sekali dgn nasi@oat.. biar rasa sedap skit... 

5. Bg mommies yg nak buat asing utk simpanan bolehbBekukan asing2 dlm baby cubes atau dlm ice tray. Kalau guna ice tray, lepas dah beku, keluarkan dan masukkan dalam tupperware/bekas utk letak dlm freezer.


CARA BUAT PUREE NASI/ BERAS PERANG /OAT:

1. Masak nasi mcm nak buat bubur. Air lebih dr biasa.. biar nasi tu sampai kembang. (untuk permulaan bg beras kosong, campur EBM ke.. up to mommies)


2.Then, pas perut dia dah boleh terima solid food, campur dengan vege ( yang saya list kat atas, untuk permulaan, try satu2 bahan, jgn campur, cuba untuk seminggu.. tgk ade ape perubahan ke, takut perut dia tak leh terima ke)


3.Pada mommies yang nk antar kat BS.. and  mommies yg nak buat asing utk simpanan boleh bekukan asing2 dlm baby cubes atau dlm ice tray. Kalau guna ice tray, lepas dah beku, keluarkan dan masukkan dalam tupperware/bekas utk letak dlm freezer... jgn beli yg murah.. takut karang kesan tak elok pada anak kita.. steam sayur satu2.. then blend n simpan dlm tpt beku, kalau nk guna.. kuarkan dulu.. and then masuk dlam slow cooker sekali dgn beras.. masak.. and then blend..

4. Masak lama skit pada mommies yg nk campur sekali bahan.. mcm saya dalam sekali masak.. jgn simpan lama2.. tak elok hilang khasiatnya... sbb senang.. 


5. Seeloknya2 masak bubur dalam slow cooker...tak adelah nk hangit ke or air kering ke

6. Nak simpan dalam freezer simpan dpm tupper kecik, and tagging... (tarikh dgn bahan2)


CARA BUAT PUREE IKAN/AYAM/DAGING

1. Stim/rebus ayam/ikan/daging smpai lembut...

2. Blend smpai lembut (tambahkan air lebih sikit sbb ikan/ayam/daging ni rasa dia kuat). Utk daging, air kena tambah lebih lagi sbb rasa dia mmg kuat utk baby...

3. Bekukan sama mcm sayur/buah.

Dah siap!!!! hehe

---- Bila nak guna panaskan dalam warmer, atau pun dalam slow cooker ataupun dalam microwave (microwave tak elok sgt, katenya penyebab barah)...

---- Bg mommies yang asingkan bahan, bila nak guna, cuma masukkan kiub2 puri nasi, sayur atau buah ni dlm periuk dan panaskan. Kalau nak panaskan dlm food warmer atau microwave pun boleh juga...:)

---- Senang bg mommies yg bekerja nak antar kat pengasuh pun senang...

---- Kalau tak nak baby cepat bosan.. campur la sayur2 tu, kentang dgn carrot ke, brocoli dgn kentang ke... pusing2 la... kalau nk tambah ikan bilis pun boleh... beli ikan bilis yang mahal skit... yg kurang garamnya... bakar dlm oven..blend dgn belnder kering.. dalam semggu tu.. 2 kali campur la dgn bubur... 

Tempoh penyimpan: freezer storage ---
    • vegetables / fruits puree=6bln  
    • fish = 10 weeks meat
    • chicken =10 weeks
    • 6bln puree's with milk 4-6 weeks
    • kalau campur semua bahan 2-3 hari, jangan lama tak elok for baby..

Dgn cara bg asing2 mcm ni (x cmpur mcm2 masa awal2 perkenal solid food), ibu boleh tau anak alergiC apa dan apa makanan yg diorang suka/tak suka...


CUBALAH ALL MOMMIES... SEDAP TAU...!!!


or boleh view blog saya... nanti klu menu best2 sy upload lg...

10 comments:

Nurul Farhana Kasim said...

boleh sy copy resepi nih?nk bg my son cuba plak..tenkiu in advance...=)

azidah.rayyan.mummy said...

boleh.. no prob...

nadiahazhari said...

assalamualikum,

saya nak tanya:

1) avocado tak yah steamkan? fresh boleh bagi kat baby.

2) kan kita dah freezekan dalam kiub ais, then kita letak 2 tiga thins dalam satu bekas...boleh ke?

3) oat tu pakai oat apa? oat boleh frozenkan juga ke?

azidah.rayyan.mummy said...

salam..

avoda.. kalau nk buat stock puree mcm kiub tu.. steam dulu... sbb takut perut baby tak leh trima...

u mean.. 2 3 things dlm satu bekas tu mcm mane? dlm satu tempat tu kiub tu awak letak 2 3 jenis bahan ke?

pakai organic oat.. boleh beli tak tesco... ausi punya organiz oat.. seeloknnya oat jgn buat stock.. kalau beras pun.. elok beras perang...

UmiSue said...

Salam
nak minta izin nak copy ke blog...senang nak tengok nanti..Boleh tak?

SuhaidaSarif said...

salam...
just nak confirmkan...
bubur + sayur + ayam boleh campur campur ke then frozenkan....?...

azidah.rayyan.mummy said...

kalau nk frozenkan puree bubur.. tak boleh campurkan sekali semua bahan.. kena asingkan2

Zabrina Ar said...

saya pun minta izin nak copy ye..bb ada masalah poo poo keras..so saya nak cuba resepi awak ni! tqvm ye

A.D.Z.I.E.M said...

Nice..! Terjumpe blog awak n minta izin jg nk copy.. :) thanks for sharing dear :)

ejane fyruz said...

Nice info...mhn izin utk copy jgk boleh tak?=) tq

Followers