Wednesday

TIPS KESIHATAN – MAKANAN SIHAT UNTUK BAYI

Makanan bergoreng ,daging berlemak ,kek dan produk tenusu kebanyakannya kaya dengan kandungan lemak.Kanak kanak yang berusia kurang daripada 2 tahun sebenarnya memerlukan lemak dalam diet seharian mereka.
Ini kerana terdapat beberapa jenis vitamin dalam lemak yg di perlukan oleh tubuh mereka.Bagaimanapun jika lemak diambil terlalu banyak ,ia boleh menyebabkan anak anak anda mempunyai berat badan berlebihan.
Sehubungan dengan itu,terdapat beberapa panduan untuk anda menangani masalah tersebut:-

·    Kurangkan makanan yang mengandungi lemak dan gantikan dengan makanan yang lebih berkhasiat dan dapat memberi tenaga seperti nasi,bijirin,roti atau pasta.
·    Karbohidrat merupakan sumber utama tenaga dan juga memiliki vitamin B komplek yang diperlukan tubuh.
·    Tukar cara memasak dengan cara memanggang,membakar,mengukus atau merebus makanan berbanding mengoreng.
·    Gunakan minyak sayuran seperti minyak jagung ,soya atau minyak zaitun kerana ia mengandungi lemak tidak tepu.
·    Buangkan mana mana lermak pada daging sebelum memasak atau buangkan kulit misalnya kulit ayam,kerana ia mengandungi banyak lemak.
·    Beli makanan yg dilabelkan dengan rendah lemak.

Jika bayi anda berusia kurang daripada 2 tahun ,pastikan anda tidak terlalu mengurangkan lemak dalam diet mereka.
Ini kerana mereka memerlukan lemak  untuk proses  tumbesaran dan perkembangan diri mereka.Meskipun anda melihat bayi anda mempunyai berat badan berlebihan,tetapi keperluan tenaga pada peringkat ini begitu penting.
Justeru itu ,pastikan anda tidak mengurangkan pengambilan susu atau menghadkan pengambilan lemak untuk mereka.bagaimanapun jika anda merasakan bayi anda terlalu banyak    diberi makanan atau snek berlemak ,gantikan dengan makanan yang lebih berzat seperti buah-buahan atau roti.

1 comment:

Rashidah Juhari said...

sharing yg menarik.. boleh x nak share jugak? hehe.. kalau rajin singgah juga ke page saya yer =) http://rashidahjuhari.blogspot.com/

Followers